Get Mystery Box with random crypto!

ProfPips Team 769

电报频道的标志 fiddlefast — ProfPips Team 769 P
电报频道的标志 fiddlefast — ProfPips Team 769
通道地址: @fiddlefast
类别: 没有类别
语言: 中国
用户: 138
频道的描述

Pm admin http://bit.ly/ScalpingM1

Ratings & Reviews

2.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

1


最新信息 28

2021-05-03 21:16:27 Trading ialah ‘probability’ atau kebarangkalian. Sebagus mana pun analisis anda, anda tidak mungkin dapat meramal pergerakan yang betul 100%. Ini bermakna, contohnya, daripada 10 entry, mungkin anda profit 6 entry atau 7 entry.

Tapi anda tidak akan tahu mana satu daripada 10 entry yang anda akan profit. Apa yang anda tahu, berdasarkan backtesting dan kajian terhadap teknik anda, selepas 10 entry, anda akan profit. 

Jadi anda kena tukar mindset: “Think in probabilities”.

TIPS 2: BUAT “TRADING PLAN”

Trading Plan membantu anda untuk sentiasa bersedia dengan apa sahaj ketidaktentuan pasaran. Pasaran forex ni dahlah memang tidak menentu, kalau takde trading plan, lagilah tak menentu.

Contoh, jika pasaran dalam bentuk sideway, anda akan trade cara X. Jika pasaran sedang trending anda akan trade cara Y.

MASALAH JIKA TIADA TRADING PLAN

Apabila pasaran membuat pergerakan di luar jangkaan, anda akan trade dengan menggunakan emosi; anda akan buat apa yang anda rasa betul dan tidak berdasarkan analisa yang rasional.

Sebagai contoh, anda ramal harga akan naik, jadi anda masuk posisi Buy. Tetapi tidak lama kemudian, harga jatuh. Disebabkan anda tiada trading plan, anda tidak tahu hendak buat apa. Anda akan buat sahaja apa yang terlintas di fikiran.

Anda panik. Harga bergerak dengan sangat laju. Anda tidak boleh berfikir. Anda pun tutup sebab anda tidak boleh relax.

CARA BUAT TRADING PLAN

Secara asasnya,  trading plan mestilah mempunyai:

Strategi masuk dan keluar dari pasaran

Harga Take Profit dan Stoploss

Risk Reward Ratio

Pemerhatian terkini pasaran

TIPS 3: KURANGKAN LIHAT MT4

Kurangkan lihat MT4, lagi lagi applikasi MT4 di telefon pintar. Disarankan, anda hanya trade di komputer sahaja jika melihat MT4 mempengaruhi emosi.

Applikasi MT4 di telefon pintar mempunyai warna jika floating/profit. Jika floating, jumlah anda floating akan ditunjukkan dalam warna merah. Jika profit, jumlah anda profit akan ditunjukkan dalam warna biru.

OTAK MANUSIA DAN WARNA

Anda perlu faham, otak manusia mudah terangsang dengan visual dan warna. Apabila otak melihat warna merah atau biru, warna ini automatik akan diterjemah menjadi emosi.

Jadi jika anda lihat MT4 dan anda lihat banyak warna biru (profit) anda akan berasa seronok atau lebih parah lagi euphoria. Sebaliknya, jika anda lihat MT4 menunjukkan warna merah, anda akan berasa sedih, kecewa dan marah. 

Anda akan rasa analisis anda salah. Anda akan mula rasa nak tukar teknik.

SOLUSI

Anda tidak perlu lihat MT4 setiap masa. Sebaliknya, anda cuma perlu lihat MT4 apabila hendak entry dan lihat jika telah kena SL atau TP sahaja. Trade berdasarkan trading plan. Sebab itu trading plan sangat penting. Ia membolehkan anda untuk trade tanpa emosi dan lebih konsisten.

KESIMPULAN

Sekadar baca sahaja tidak berguna. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Cuba ambil inisiatif untuk applikasikan ilmu yang telah dipelajari. Fikir macam mana anda boleh guna 3 tips ni dalam aktiviti trading anda.

3 Tips:

Tukar mindset; think in probabilities

Buat trading plan

Kurangkan lihat MT4
193 viewsZul, 18:16
打开/如何